Navi: Permohonan Kemasukan Permohonan Luar Negara

Permohonan Luar Negara

E-mail Print PDF
Garis panduan bagi permohonan dari luar negara

Berikut adalah garis panduan permohonan dari calon-calon luar negara untuk Program Pasca Siswazah UiTM

Maklumat mengenai “Study in Malaysia” boleh didapati dari laman web Kementerian Pengajian Tinggi: http://www.arab.studymalaysia.com

Calon-calon luarnegara mestilah mengemukakan surat perakuan dari Kementerian Pelajaran Negara masing-masing, berhubung status kewarganegaraan masing-masing dan kelayakan akademik calon. Permohonan yang tidak disertakan dengan surat perakuan berkenaan TIDAK akan diproses.

Bagi calon-calon luarnegara yang memohon dari dalam Malaysia, mereka boleh mendapatkan surat perakuan tersebut dari pejabat kedutaan masing-masing yang terdapat di Malaysia.

Transkrip akademik dan dokumen sokongan yang dilampirkan mestilah disahkan sebagai “salinan benar” oleh Penjawat Awam bertaraf pegawai dari negara calon atau oleh Penjawat Awam bertaraf pegawai dari Malaysia.

Semua borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dihantar terus ke Institut Pengajian Pasca Siswazah UiTM sebelum tarikh tutup permohonan.

Syarat Umum Kemasukan

Kelayakan Akademik


Program Ijazah Sarjana
Calon-calon mesti mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang dipilih dari universiti yang diiktiraf oleh Senat Universiti dan Kerajaan Malaysia.

Program Doktor Falsafah

Calon-calon mesti mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diperolehi dari universiti yang diiktiraf oleh Senat Universiti dan Kerajaan Malaysia.

(kemasukan ke program pilihan juga bergantung kepada syarat-syarat seperti yang ditetapkan oleh fakulti masing masing)

Penguasaan Bahasa Inggeris

Calon-calon mestilah fasih berbahasa Inggeris kerana medium pengantaraan dan komunikasi adalah di dalam Bahasa Inggeris.Calon-calon yang memohon kemasukan ke program Pengajian Pasca Siswazah mesti memperolehi keputusan TOEFL 550 atau IELTS Band 5. Salinan keputusan TOEFL atau IELTS mesti dilampirkan bersama-sama dengan borang permohonan.
Jika perlu, calon-calon disyaratkan untuk mengikuti Program Akademikbahasa Inggeris. Program ini merupakan program intensif pra-sesi yang ditawarkan dari bulan April hingga Mei dan dikenakan kadar yuran yang minima.

Syarat-syarat lain


Calon-calon mestilah mempamirkan bukti kewangan yang kukuh untuk mengikuti pengajian dan tinggal di Malaysia di sepanjang tempoh pengajian. Surat sokongan kewangan /biasiswa atau penyata kedudukan kewangan terkini dari bank calon boleh dikemukakan sebagai bukti.

Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh Pegawai Kesihatan Universiti.

Calon-calon juga mesti mempunyai pasport yang tempoh sahnya sekurang-kurangnya dua tahun dan memenuhi semua syarat dan prosedur imigresen.

(maklumat lanjut tentang syarat-syarat Jabatan Imigresen boleh didapati dari http://www.imi.gov.my).


Pengambilan Kemasukan


Kebanyakan program mengadakan dua pengambilan setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember.Walau bagaimanapun calon-calon antarabangsa dinasihatkan untuk memohon enam bulan lebih awal dari tarikh kemasukan.

Peraturan Permohonan

Permohonan hendaklah memohon melalui permohonan atas talian.