Navi: Unit Pengurusan Ladang

Unit Pengurusan Ladang

E-mail Print PDF

Latar Belakang

Unit Pengurusan Ladang dan Lanskap telah ditubuhkan dan mula beroperasi semenjak penghujung tahun 2000 di atas kewujudan program baru di UiTMS iaitu Diploma Pengurusan Ladang. Unit ini ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan pembelajaran dan penyelidikan pertanian kepada pensyarah dan para pelajar program Diploma Pengurusan Ladang yang telah dimulakan semenjak sesi Disember 1999 – April 2000

Unit ini telah berkembang dan maju setapak demi setapak sejajar dengan meningkatnya usia Program DPIM dan unit inilah yang banyak membantu memberi sokongan kepada pensyarah serta para pelajar program DPIM dalam menjalani latihan praktikal, amalis erta penyelidkan pertanian.

Sehingga sekarang, Unit ini telah membuka lebih kurang 50 ekar kawasan plot demonstrasi yang ditanam dengan pelbagai jenis tanaman seperti yang terkandung dalam silibus pembelajaran Program DPIM.

Diharapkan pada masa akan datang, Unit ini akan lebih mantap dan dapat membantu UiTM melahirkan para graduan yang berpengalaman, berpengetahuan dan berupaya menjadi agen perubahan pada masyarakat luar khususnya masyarakat setempat di samping menjana pendapatan UiTM Sarawak menerusi aktiviti-aktiviti pertanian dan perladangan yang dijalankan.

Objektif

  • Melahirkan pelajar DPIM yang professional, berdikari,berilmu dan bertakwa untuk membangunkan bidang pertanian agar menjadi salah satu sektor yang berdaya saing dan berperanan sebagai penyumbang utama ekonomi Negara.
  • Mengamalkan pengurusan ladang secara efisien dan mampan bagi meningkatkan hasil perladangan ketahap yang maksima.
  • Menjadikan bidang pertanian sebagai satu bidang yang boleh dikomersialkan dan dapat memberi pulangan yang memuaskan kepada pengusahanya

Fungsi

  • Mengurus dan mengendalikan latihan amali ladang dan lanskap para pelajar DPIM sepanjang semester berjalan serta ladang kongsi.
  • Mengurus dan mengendalikan latihan praktikal dalam kampus pada  cuti  semester  bagi pelajar DPIM semester 01 dan pelajar semester lain yang tidak menjalani latihan praktikal di luar kampus.
  • Bertanggungjawap terhadap segala aktiviti yang berkaitan dalam bidang pertanian dan lanskap.
  • Merancang, mengurus dan menyelia untuk membuka dan membangunkan sebuah ladang di UiTMCS.
  • Mengurus dan menyelenggara tanaman dan ternakan ladang.
  • Mengawasi projek-projek ladang kongsi pelajar.
  • Membiak dan menyediakan tanaman  hiasan dan lanskap kampus.
  • Menyediakan hiasan bunga pasuan untuk majlis rasmi di UiTM Sarawak.
  • Menyediakan kemudahan serta peralatan kepada pelajar serta pensyarah untuk melaksanakan latihan amali, praktikal dan penyelidikan pertanian.
  • Mewujudkan hubungan dengan bahagian lain di UiTMCS dan agensi-agensi luar serta menyertai program-program khidmat sosial.

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam dan berjanji akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan berkualiti dengan mempastikan pelanggan menerima layanan mesra, cekap dan berkesan


PerkhidmatanTempoh Pemprosesan
Melulus permohonan pinjaman dan menyediakan peralatan pertanian untuk kegunaan aktiviti pelajar atau kakitangan UiTM Sarawak
2 hari selepas penerimaan permohonan
Melulus permohonan penggunaan khidmat jentera pertanian untuk aktiviti pembangunan, pengangkutan, penyelenggaraan atau lain-lain aktiviti pengurusan 
3 hari selepas penerimaan permohonan
Menyediakan bunga pasuan untuk hiasan sempena majlis-majlis rasmi serta aktiviti pelajar
1 hari selepas penerimaan permohonan




Lanskap dan Nurseri

Bahagian lanskap dan nurseri Unit Ladang UiTM Sarawak merupakan salah satu cabang utama selain daripada plot ladang, ternakan, dan pertanian khas. Ianya berfungsi untuk mendukung aktiviti pelajar DPIM dan am nya membekalkan bunga hiasan bagi majlis rasmi UiTM Sarawak. Antara aktiviti yang dijalankan di sini adalah, menyediakan keratan batang bunga untuk ditanam, pemasuan bunga, penyelenggaraan pokok-pokok bunga, dan juga jualan bunga. Kami turut membekalkan bunga untuk untuk bunga pasuan dalam bangunan.

Mulai 26 Julai 2012, kami sedang mengadakan jualan bunga yang berlangsung pada setiap  masa. Orang awam boleh merujuk kepada catalog tanaman lanskap kami yang memaparkan jenis bunga dan harga bunga.

Jentera

Kami mempunyai jentera pertanian sebanyak 3 buah untuk kegunaan pelbagai baik di ladang dan luar Unit Ladang. Terdapat 2 buah traktor dan 1 backhoe. Ianya digunakan untuk melakukan kerja di ladang seperti membajak tanah untuk tapak tanaman pelajar, menyelenggara parit dan saliran, mengangkut input pertanian seperti racun dan peralatan serta hasil dari ladang seperti buah, sawit dan ayam. Kami juga turut menyediakan traktor sebagai pengangkutan untuk aktiviti lawatan orang luar ke ladang. Selain dari itu kami juga membantu unit lain yang memerlukan kemudahan jentera ladang seperti Unit Sukan, dan Kolej Kediaman Pelajar dimana kami diminta membantu dalam mengangkut barang dan sebagainya.

Jualan Hasil Ladang

Alhamdulillah, semenjak Unit Ladang ditubuhkan, kami  berjaya mengeluarkan hasil dari ladang dan berupaya memberi pulangan modal serta mendapat sedikit keuntungan untuk UiTM. Antara hasil yang boleh dilihat dari ladang adalah buah-buahan, buah kelapa sawit, ayam pedaging, puyuh, cendawan, tanamam sayur,  bunga dan sebagainya. Kami akan berusaha untuk melipatgandakan hasil dari ladang demi menjana pendapatan untuk UiTM Sarawak am nya.

Perkhidmatan

Di antara perkhidmatan yang kami sediakan di Unit Ladang antaranya adalah;

  • Pinjaman bunga hiasan
  • Pinjaman peralatan
  • Pinjaman kenderaan
  • Pinjaman tapak
  • Jualan hasil ladang

Borang Pinjaman

Di sini kami lampirkan borang-borang untuk capaian umum bagi memudahkan urusan anda dengan pihak kami.

Hubungi kami

Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi kami di

Talian    : 082 – 677931/677932

Alamat  : Pejabat Unit Ladang, Blok N (Kompleks Kejuruteraan Ladang), UiTM Sarawak.

Peta